Software akaun dalam Bahasa Melayu

Rekod mudah,
akaun kemas.

Rekod duit masuk dan keluar di phone dalam beberapa saat. Rekodly susun sendiri Untung Rugi, Balance Sheet, hutang, invois dan angka Borang B. Tak perlu pandai akaun, tak perlu Excel.

Tiada kad kreditPhone, tablet & laptopData selamat di cloud

Masih begini cara urus duit bisnes?

Resit dalam laci, rekod dalam kepala

Hujung bulan baru teringat. Hujung tahun panik nak isi Borang B.

Duit peribadi dan bisnes bercampur

Jualan nampak banyak, tapi tak pasti sebenarnya untung atau rugi.

Excel di satu laptop sahaja

Rosak laptop, hilang data. Nak semak di phone pun tak boleh.

Rekodly selesaikan semuanya dalam satu app.

Anda cuma rekod. Rekodly yang kira, susun dan simpan, dengan sistem akaun double-entry sebenar di belakang tabir, tapi semudah menulis nota.

Semua yang bisnes kecil perlukan

Dibina untuk peniaga Malaysia: enterprise, perkongsian dan Sdn Bhd kecil.

Rekod dalam 5 saat

Pilih masuk atau belanja, taip jumlah, siap. Snap gambar resit terus dari kamera phone.

Sebut harga, invois, DO & resit

Nombor auto, satu tekan dari sebut harga ke invois. Resit keluar sendiri bila pelanggan bayar.

Kongsi PDF ke WhatsApp

Hantar invois dan resit yang kemas terus ke pelanggan, lengkap dengan butiran bank anda.

Untung Rugi & Balance Sheet

Laporan bulanan dan tahunan, siap sendiri. Graf jelas, export ke Excel bila perlu.

Borang B ikut ruangan

Angka Bahagian N disusun ikut nombor ruangan borang LHDN. Salin terus ke e-B.

Hutang, aset & pinjaman

Tahu siapa belum bayar, susut nilai aset automatik, dan ansuran pinjaman dipecah sendiri.

Untung setiap projek

Sesuai untuk kontraktor, katering, homestay dan sewa kereta. Lihat untung setiap projek atau unit.

Phone, tablet & laptop

Rekod di phone waktu siang, semak laporan di laptop waktu malam. Data sentiasa selari.

Data selamat & milik anda

Disimpan di cloud dengan sandaran harian. Export backup dan Excel pada bila-bila masa.

Mula dalam 2 minit

Daftar percuma

Guna emel atau akaun Google. Tiada kad kredit.

Isi maklumat bisnes

Nama bisnes, jenis bisnes dan baki duit sekarang. Kategori disediakan ikut jenis bisnes anda.

Mula rekod

Tekan butang +, dan laporan anda terus terbentuk sendiri.

Kenapa Rekodly?

Templat ExcelRekodlySoftware akaun besar
Mudah difahamiBergantung pada templatYa, Bahasa Melayu sepenuhnyaPerlu asas perakaunan
Guna di phoneSukarYa, phone, tablet & laptopYa
Invois, DO & resit ke WhatsAppManualYa, satu tekanYa
Angka Borang B ikut ruanganJarangYaBerbeza-beza
Data selamat jika laptop rosakTidakYa, cloud & sandaran harianYa
HargaBayar sekaliDari RM199 setahunLazimnya RM50 hingga RM100+ sebulan

Harga mudah, semua ciri termasuk

Cuba percuma 14 hari. Tiada kad kredit. Tiada potongan automatik.

Bulanan

RM29 / bulan

Fleksibel, sesuai untuk mula mencuba.

  • Semua ciri
  • Phone, tablet & laptop
  • Sokongan WhatsApp
Cuba percuma
Tawaran pengasas · 100 terawal

Pengasas

RM199 / tahun

RM290  Sekitar RM16.60 sebulan. Harga dikunci selagi langganan berterusan.

  • Semua ciri
  • Phone, tablet & laptop
  • Sokongan WhatsApp keutamaan
  • Akses awal ciri baru
Cuba percuma 14 hari

Tahunan

RM290 / tahun

Jimat 2 bulan berbanding bulanan.

  • Semua ciri
  • Phone, tablet & laptop
  • Sokongan WhatsApp
Cuba percuma

Bila langganan tamat, data anda kekal. Anda masih boleh lihat dan export semua rekod.

“Tak sangka semudah ni.”
Pengguna beta Rekodly

Soalan lazim

Apa itu Rekodly?

Rekodly ialah software akaun bisnes dalam Bahasa Melayu. Anda rekod duit masuk dan keluar, dan Rekodly menyusun Untung Rugi, Balance Sheet, hutang, aset dan angka Borang B secara automatik. Ia boleh digunakan di phone, tablet dan komputer.

Perlu pandai akaun untuk guna Rekodly?

Tidak. Anda hanya pilih sama ada duit masuk, belanja atau lain-lain, dan Rekodly menguruskan debit dan kredit di belakang tabir. Setiap jenis rekod disertakan penerangan ringkas.

Rekodly sesuai untuk bisnes apa?

Kedai makan, kedai runcit, peniaga online, servis, kontraktor, katering, homestay, sewa kereta dan banyak lagi. Ia sesuai untuk enterprise atau perkongsian berdaftar SSM, dan Sdn Bhd kecil.

Bolehkah Rekodly bantu isi Borang B?

Ya. Rekodly menyusun angka maklumat kewangan ikut nombor ruangan Bahagian N Borang B, supaya anda boleh salin ke e-B. Pengiraan pendapatan bercukai dan pelarasan seperti elaun modal masih perlu dibuat sendiri atau oleh ejen cukai. Baca panduan lengkap cara isi Borang B.

Boleh guna untuk Sdn Bhd?

Boleh, untuk Sdn Bhd kecil. Rekodly ada mod Sdn Bhd dengan akaun pengarah, modal saham dan dividen. Penyata beraudit dan Borang C tetap disediakan oleh akauntan, juruaudit dan ejen cukai anda, dan laporan Rekodly boleh dieksport untuk mereka.

Adakah Rekodly menyokong e-Invois LHDN (MyInvois)?

Belum buat masa ini. Sambungan MyInvois dalam perancangan. Kebanyakan peniaga kecil boleh terus menggunakan invois Rekodly; semak syarat terkini LHDN untuk bisnes anda.

Berapa harga Rekodly?

RM29 sebulan atau RM290 setahun. Tawaran pengasas RM199 setahun untuk 100 pelanggan pertama. Semua pelan boleh dicuba percuma selama 14 hari tanpa kad kredit.

Apa jadi pada data saya jika langganan tamat?

Data anda kekal milik anda. Anda masih boleh melihat dan mengeksport semua rekod ke Excel atau backup, cuma tidak boleh menambah rekod baru sehingga langganan disambung.

Data saya selamat?

Data disimpan di cloud dengan kawalan akses, sambungan dienkripsi dan sandaran harian. Hanya anda (dan ahli bisnes yang anda benarkan) boleh melihat data bisnes anda. Baca Dasar Privasi kami.

Mula rekod hari ini.

Rekod hari ini, tenang hujung tahun.

Cuba percuma 14 hari